assalamualaikum..
ini adalah posting ku yang terakhir tentang Hospital Episode.. no more after this.. sangat berat rasanya untuk tangan ini mengatur ayat.. tapi aku rasa aku perlu kongsikan sesuatu dengan kalian..
pada tanggal 27 Jun 2011 (isnin) jam 8.45malam.. disitulah titik noktah episod terakhir tentang Hospital dan Ayah. Ayahandaku Mohamad Azlan Bin Mohamad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di bilik 819 tgkt8 Wad Carnation. Doc diagnose arwah meninggal dunia akibat Ischemic Heart Disease with Sudden Heart Failure. too high of cretanin in his blood. Ayah dimasukkan ke wad pada 24Jun sebab muscle pain dan dari sehari ke sehari dia semakin lemah.. mungkin itu petanda dia akan meinggalkan aku.. byk lagi petanda yang diberi namun aku cuba untuk menafikan segalanya, seolah2 tiada apa yang berlaku..
Pada hari ayah meninggalkan aku, No words could describe what in my heart n mind at that moment.. aku tak menangis.. mungkin kerana aku terlalu sedih.. aku cuba untuk menafikan segala.. namun ternyata segala2nya telah berlaku di depan mata aku sendiri. Ayah yang selama ini jadi peneman aku dan sentiasa bersama aku telah tebujur kaku di atas katil itu. tiada lagi keajaiban untuk kali kedua. namun jauh disudut hati aku sebenarnya aku redha.. ayah telah lama menderita dengan sakitnya. ramai teman2ku datang ke hospital untuk memberi kekuatan padaku.. pada zahirnya aku kelihatan kuat dan mampu menerimanya. aku masih mampu tersenyum dan berbicara secara normal dengan mereka. namun di dalam sanubari ini hanya ALLAH saja yang tahu. Antara banyak kehilangan.. ini merupakan KEHILANGAN TERBESAR aku dan pada ketika itu senyuman masih bisa terukir di bibir. namun bila tiba hari pengkebumian akhirnya air mata ku jatuh juga.. aku tak bisa bendung kesedihan dalam hatiku.. aku menangis dan terus menangis.. satu persatu memori berputar diminda.. sampai ke kubur pun aku masih menangis.. masa itu aku sedar.. aku sudah KEHILANGAN AYAH yang sentiasa ada memberi aku panduan hidup yang sentiasa menyokong hidup aku.. Ya ALLAH aku amat merindui ayah ku.. saat ini aku terlalu merindui dia... (hurm.. tarik nafas dan lap air mata dan sambung menulis lagi..)
Selepas arwah ayah selamat disemadikan, aku masih lagi sayu dan terus menangis. mata terasa perit namun ledakan kesedihan dalam dada ni tak mampu nak bendung. akhirnya air mata jatuh juga. ak cuba untuk melupakan semua kesedihan itu dengan keluar ke kedai melakukan beberapa kerja.. namun air mata masih tetap mengalir. aku sedih dan terus bersedih sampai tahlil hari ke-2 aku berjanji pada diri agar tidak terus murung. aku kembali ceria, dengan sokongan kawan2 akhirnya aku bisa tersenyum lagi. thx to sume kawan2 dari kwn2 SKDK, APGS, UNiSEL, DFC, ErulFC.. xlupe gak untuk Erul n family yang datang walaupun sudah lewat.. thx so much.. myra hargai setiap ingatan u all dekat myra...
Aku redha pemergian ayah, namun jauh disudut hati aku masih merindu Arwah Ayah ku.. dia terlalu perfect buatku.. aku sayang ayah ku sangat2!!
AL FATIHAH..
1 comment:
Salam Takziah.
Al-Fatihah buat arwah ayah myra
Post a Comment