Saturday, April 2, 2011

DH my ending version (fanfic) (part1)


Masih terbayang di ingatan Sam-Dong suasana di 'Grammy Award' yang sangat meriah dan kemilau cahaya indah menusuk disegenap ruang. Tidak pernah terlintas difikiran untuk dia menerima anugerah yang sangat ulung itu. Bukan calang-calang penyanyi yang bisa menerima penghargaan yang sebegitu besar.
"Tuan Sam-Dong, ada kad jemputan untuk Tuan dari Jason.. tadi pembantunya datang serahkan." Seung Yoo pembantu kepada Sam-Dong sejak beberapa tahun yang lepas. Sam Dong mencapai kad bewarna merah jambu itu dari tangan Seung Yoo.

'Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Kim Phil Suk & Jason'


Sam Dong tersenyum. Masih segar diingatannya saat di Kirin High School dulu. Sememangnya Phil Suk dan Jason merupakan pasangan yang paling ideal dan popular semasa di sekolah. Tak sangka akhirnya percintaan mereka berakhir dengan kebahagiaan perkahwinan.
" Seung yoo.. tolong tengokkan tarikh 14 Febuari ni ada show? kalau tak ada block one whole day ye.. saya nak pergi majlis perkahwinan Philsuk dengn Jason ni..."
" baik Tuan.. " Seung Yoo terus mencapai Diari dan melihat pada tarikh berkenaan.
" Tuan, pada hari itu pagi kita ada temuramah dekat KBS pada paginya.. selain utu tak ada apa-apa.. macam mana?" tanya Seung Yoo kepada Sam Dong yang sedang enak menghirup Teh.
" tak apa.. just block yang selepas itu.. dan tolong siapkan pakaian saya untuk majlis perkahwinan itu, dan beritahu kepada Pembantu Jason saya akan menyanyi pada majlis itu nanti.. sebagai hadiah perkahwinan mereka.." Seung Yoo hanya mengngguk tanda mengiakan setiap arahan dai tuannya.

Sam-Dong mencapai HTC miliknya lalu di buka ke laman twitter. dan pantas jemarinya menari diatas skrin itu.
' missing her.. how i wish he would be here with me.. i reach on top of my career but here in my heart i am lonely..' luahan hati yang terus turun ke jemari Song Sam Dong. Sedikit keluhan terdengan di hujungnya. Memang benar, kini dia punya segalanya, dia berada di puncak kejayaan.. hasil titik peluhnya yang bertahun lalu kini telah pun terbayar dek kejayaannya kini. Namun, sebenarnya dalam dirinya masih punya ruang kekosongan yang bernama kesunyian.
Go Hye Mi bukan sahaja sahabat malah dia juga merupakan teman terbaiknya sepanjang Sam-Dong memulakan langkah di Kirin. Malahan Hye Mi juga lah yang menjadi pendorong membawa Sam-Dong mendaki puncak kejayaannya yang setinggi ini. Hye Mi ternya seorang yang istimewa dalam diri Sam-Dong...

No comments: