Thursday, August 14, 2008

teman yang ku sayangi...

assalamualaikum..

hurm.. pukul 3.30am tadi aku dikejutkan dengan satu berita yang cukup menyedihkan.. bukan tidak mahu menerima kenyataan namun aku belum bersedia untuk menerimanya.. aku akan ditinggalkan... dia dan temannya yang lain bakalan pulang ke negara tanah tumpahnya darah mereka dalam masa terdekat ini.. jika hanya ada yang bisa mengerti perasaanku tika itu.. pasti anda turut sama berkongsi air mata denganku.. hurm.. bukan mudah untuk aku menyayangi.. dan bila aku sudah mula menyayangi pasti perpisahan yang aku benci sekali.. padaku mereka merupakan teman-teman yang baik.. dan dia.. dia merupakan seorang teman yang sangan sweet dan caring.. dia penah menjadi bahu tempat ku menangis.. pernah menjadi telinga tempatku meluahkan perasaan.. dia merupakan teman yang sangat baik bagiku.. aku terlalu menyayangi dia..

Ya ALLAH andai masa itu boleh dikawal takkan ku biarkan ia berlalu.. kerna aku ingin terus berada bersama mereka bertiga.. aku mahu melihat mereka berjaya di depan mataku sendiri..

Ya ALLAH kau berikanlah aku masa untuk bersama dengan mereka lebih panjang lagi.. bagaimana kan ku teruskan hari-hariku tanpa mereka?? aku kesunyian.. itu pastinya..
pertemuan pertama.. aku ngak akan pernah melupain pertemuan pertama kita.. dan sesungguhnya.. pertemuan itu lah sebenarnya yang telah menjadikan kita teman sehingga kini.. dan.. aku bersyukur kerna dapat mengenali dia yang bernama Rio.. dan D'Raz..
Rio.. Zoel.. Ayu.. aku hanya ingin kalian tahu yang.. persahabatan dan perasaan sayang pada kalian ini tak akan luput dari hatiku.. dan aku berjanji itu..

No comments: