Monday, May 19, 2008

dia yang ku rindu..


dia..
pernah menjadi bahu
tempat ku menangis

pernah jua menjadi tisu
mengesat titisan air mata..
selalu menjadi telinga
tempat ku meluah rasa..

dia..
insan yang amat ku rindui dia..
seorang yang sangat
memahami siapa ku..
seorang yang selalu
punya tempat dalam hatiku ini..

aku tahu..
kini dia sedang sakit

bertarung nyawa
dalam
sebuah penderitaan kesakitan..

di hati ini..
aku hanya mampu berdoa
mengharapkan kesejahteraannya
semoga dia kembali seperti dulu..

ya ALLAH..
kau berikanlah yang terbaik
buat dirinya

kerna aku begitu menyayangi dia..
aku hanya mahu melihat
kebahagiaannya
terus kekal
bersama insan yang dicintainya..
~amin~

1 comment:

coinsss said...

huhuhu..... miss him too
hope semua akan slamat...